Inilah error yang paling banyak dalam simpanan saya. Buat masa ni , error jenis ni tak laku dalam pasaran .Mungkin terlalu banyak atau mungkin setiap orang dah ada menyimpan duit yang sebegini rupa.
Error yang terdapat pada duit 5 sen ini pula memang selalu kita jumpa. Ianya agak biasa namun ianya tetap error.Terdapat lebihan keluli(extra metal) pada ruang yang bertanda. Duit syilling yang mempunyai error serupa ini kadangkala ada dalam simpanan kita tanpa kita sedari.Tahun tempaannya bercampur campur.
KLCC adalah satu mercu tanda yang menjadi kebanggan Malaysia.Ianya pernah menjadi sebuah menara yang tertinggi di dunia pada satu ketika dahulu. Ianya sekaligus menaikkan nama Negara Malaysia di dunia.Banyak cenderahati atau gambar gambar menara ini di abadikan dengan berbagai cara dan mengikut kereativiti pembuatnya. Dan dunia numismatik juga mengikut rentak dan alunan kebanggaan ini. Maka lahirlah duit syilling 5 sen Bunga Raya yang mengabdikan menara berkembar ini. Ramai mengatakan yang duit ini adalah salah satu dari error masa tempaannya.Namun hati saya berkata, ini adalah cenderahati kepada para para kolektor duit duit lama.Syilling ini berada di kedai duit lama dengan harga RM 25 – RM 50 sekeping. Syilling ini hanya dibuat pada tahun 2009 sahaja.Berapa banyak tempaannya tidak ada dalam mana mana manuskrip. Memiliki duit syilling ini, bolih menambahkan lagi koleksi koleksi kita.