oleh Johari Basri
Header

Koleksi Hot Wheels

January 23rd, 2016 | Posted by admin in Koleksi Hot Wheels

Koleksi Hot Wheels oleh Koleksi Johari

Koleksi Hot Wheels oleh Koleksi Johari

Koleksi Hot Wheels oleh Koleksi Johari

Koleksi Hot Wheels oleh Koleksi Johari

Hot Wheels adalah jenama bagi permainan kereta ‘die-cast’ yang amat terkenal di dunia. Ia mula dihasilkan oleh syarikat Mattel pada 1968 dan diminati oleh golongan lelaki dan wanita tidak kira kanak-kanak mahupun remaja. Hampir 40 peratus kesemua kereta Hotwheels di dunia dibuat di Malaysia.Ia juga dibuat di China dan Thailand.Terdapat 16 model di buat pada tahun 1968. Kereta pertama adalah dark blue Custom Camaro.

Hot Wheel mempunyai beberapa versi. Peminat hot wheel mengumpul kereta ini mengikut citarasa masing masing. Ada yang suka kereta yang dinamakan JDM.

JDM adalah singkatan dari Japan Domestic Market. Kereta JDM ini terdiri antara nya Mazda, Toyota, Datsun, Nissan, Scoin, Suzuki, Acura, Honda dan mungkin beberapa jenis kereta Jepun yang lain.

Satu versi yang di buru olih peminat HW adalah versi TH (Treasure Hunt ).TH adalah koleksi terhad. Kereta TH ditulis dengan perkataan TH dan ada juga TH yang ditanda dengan logo bulatan . Kebanyakkan kereta TH mempunyai roda getah.

Koleksi Hot Wheels oleh Koleksi Johari

Satu lagi siri HW adalah siri klasik. Kereta siri klasik ini banyak berpandukan kepada model kereta keluaran tahun 1968 hingga 1978. Antara kereta yang tergolong dalam siri klasik ini adalah muscle cars, hot rods, go-kart,motorsikal dan kapalterbang. Ada juga kereta yang di keluarkan pada tahun sebelum 1968 di ketegorikan sebagai siri klasik seperti 1965 Chevy Malibu , 1957 Chevy Bel ,1963 Ford T-Bird, 1965 Pontiac GTO, 1967 Camaro Convertible dan 1965 Mustang Mach 1. Ada beberapa model kereta klasik ini yang menjadi buruan penggemar HW. Kereta model Copper Stopper, 1970 Pontiac GTO, and Hammer Sled menggunakan tayar getah adalah antara model yang jarang di temui.

Zamac adalah singkatan dari perkataan Zinc, Aluminum, Magnesium, and Copper.Perkataan zamac bermaksud HW yang tidak di cat dan hanya menggunakan warna asalnya saja. Zamac kian popular pada peminat peminat HW. Ramai yang hanya menyimpan kereta jenis ini kerana keluarannya terhad. Akan tetapi, warna silver mungkin seakan akan zamac.Perlu lebih berhati hati dalam pencarian zamac.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>