oleh Johari Basri
Header

Cerita Duit Error

January 23rd, 2013 | Posted by admin in Cerita | Cerita Duit Error - (0 Comments)

Mari kita bercerita perihal duit error.Kita dulukan tentang duit yang terdapat dinegara kita.Macam slogan “Cintai Barangan Malaysia”.Saya lebih suka bercerita tentang duit syilling Malaysia yang saya sendiri kategorikan sebagai error. Kalau orang lain tak setuju tak apa, saya cuma nak bercerita dan boleh anggap cerita saya ini sebagai cerita donggeng.Saya jumpa macam macam jenis duit syilling sepanjang saya terjebak dalam bidang ini, dah jadi ketagih. Kalau dah ketagih, susah sikit nak ubat. Saya baru 4 bulan dalam bidang ini (cepat sungguh jadi ketagihan). Belum ada pusat pemulihan dalam mengubati ketagihan ini. Tapi tak pa, saya happy bukan laloq.

Antara kategori yang boleh saya simpulkan adalah error dari segi pembuatan nya, ianya juga boleh kita bahagikan kepada dua sub title iaitu error biasa dan error luar biasa. Bagaimana ianya terlepas ke pasaran terbuka tidak dapat diketahui puncanya. Ada juga duit syilling yang jadi mangsa keadaan seperti mangsa banjir, mangsa penderaan , mangsa ujikaji dan yang paling menyedihkan adalah mangsa kemalangan jalanraya. Ada juga duit syilling kita menjadi mangsa vandalisme oleh orang orang yang kurang perihatin dengan duit duit ini. Janganlah menganinyai duit kita “Cintailah Duit Kita”.

Kita akan lihat contoh gambar dibawah.

duit Duit Error 2

 

Curve Clip Errors (luar biasa)

Error jenis ni kadang kadang(macam cerita TS P. Ramlee) ditemui. Saya Cuma ada 1 keping. Kalau nak tenguk banyak duit jenis ni, kena Tanya Dato’ Sha. Saya rasa dia ada sekurang kurangnya 2 kilo duit error. Setakat ni, selain BNM, dialah orang yang banyak menyimpan duit syilling error.

Duit Error 3

Misaligned Die (MAD) Errors (biasa)

Agaknya inilah yang dikatakan MAD. Bahagian bawah duit syilling ini lebih tebal dari bahagian lain. Ini mungkin di sebabkan aligment nya lari. Error jenis ini dianggap biasa dan boleh kita jumpa kalau kita habiskan masa kira kira 4 jam sehari membelek duit duit syilling yang ada….

Duit Error 4 Duit Error 5

Krep errors.(biasa)

Muka berkedut depan dan belakang. Tak tahulah apa sebabnya. Apabila saya bertanyakan kepada seorang doktor, katanya mungkin faktor usia….Dikeluarkan pada tahun 1967, baru 46 tahun, takkan berkedut sampai macam tu.. Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan ianya jadi begini. Rujuk lah pada pakar, jangan tanya mekanik, nanti dia cakap sudah rosak, mesti mau tukar….

Duit Error 6 Duit Error 7

Duit Error 8 Duit Error 9

Duit Error 10 Duit Error 11

Error ataupun tak ? (biasa biasa)

Apa yang dapat kita lihat disini ianya terlebih keluli ataupun extra metal (dengan izin…manalah tahu kut kut ada Yang Di Pertua Dewan di sini). Kebanyakan duit syilling yang mengalami penyakit ini adalah duit syilling 1 sen. Tak kira 1 sen Malaysia ataupun 1 sen luar Negara. Syilling serupa ini, banyak dalam simpanan saya, Tapi tak sampai lah 2 kilo. Kemungkinan besar, bahan keluli yang di gunakan untuk duit ini, tak tahan panas disebabkan cuaca ketika ini panas melampau dik nipisnya lapisan ozon. Atau mungkin ada sebab sebab lain yang lebih munasabah. Tanyalah pakar…Penyakit ini memang tak dapat diubat lagi, tapi kita mungkin dapat mencegahnya.

Duit Error 12 Duit Error 13

Duit Error 14 Duit Error 15

 

Duit Error 16 Duit Error 17

 

Mangsa Ujikaji

Tiga contoh duit 10 sen dan 20 sen diatas dipercayai menjadi mangsa ujikaji kerana saya belum terjumpa mana mana artikel tentang duit error yang seumpama ini. Kalau di ketegorikan duit duit ini sebagai error, saya rasa saya amat bertuah memiliki duit duit ini. Tapi kalau kita lihat dengan teliti, duit duit ini seakan akan diasah menggunakan grinding machine. Saya cuba bayangkan , kalau kita membaiki brake disc kereta kita yang telah terguris atau tercalar teruk, maka mekanik akan menyarankan kita supaya kita grind balik disc tersebut. Kaedah yang sama juga mungkin telah berlaku kepada duit duit ini, itu cuma telahan dan rekaan  saya saja, tak terbabit kepada orng yang hidup atau pun yang telah pergi.

Duit Error 18 Duit Error 19

 

Mangsa Vandalisme

Dua contoh duit syilling diatas adalah mangsa vandalisme. Duit 50 sen diatas telah ditebuk dan dipercayai dijadikan loket kepada mat hippies. Orang lama mungkin masih ingat akan gelagat mat hippies ni. Pada tahun 60 an dulu, memang ramai mat mat hippies ni, dengan memakai seluar bell bottom, berambut panjang dan memakai rantai dan loket sebagai aksosori mereka. Itulah fesyen terkini pada masa itu. Namun kumpulan kumpulan tersebut sudah tak berapa ramai lagi ketika ini, anak anak muda kini lebih meminati fesyen keislaman. Amin..

Duit 20 sen ini pula, sebenarnya ada dua keping. Saya dapat satu keping dan satu keping lagi dipercayai masih berada di tangan tuannya. Sebenarnya, duit 20sen ini adalah sepasang subang kepada sesaorang. Dulunya dipakai kiri dan kanan, apabila masa berubah, ianya di pakai sebelah saja mengikut trend semasa.

Apa-apapun, duit duit ini menjadi mangsa yang saya ketegorikan sebagai vandalisme. Harap harap perkara seperti ini tidak berterusan .“Sayangilah Duit Kita”.

Duit Error 20 Duit Error 21

 

Mangsa Penderaan

Duit duit diatas adalah mangsa penderaan. Seperti juga statistik JKM , kes penderaan kanak kanak dinegara kita pada tahun 2005 adalah sebanyak 1800 kes dan ianya meningkat dari tahun ke tahun.Dalam kes duit syilling ini pula, ada yang diketuk dengan penukul, ada yang dicucuh dengan api rokok dan yang paling banyak dikesan adalah dengan menggunakan seterika panas. Banyak juga yang sempat saya selamatkan dari penderaan ini. Apabila saya siasat , punca terjadi nya penderaan ini adalah disebabkan krisis rumahtangga. Tuan tuan empunya duit ini melepaskan kemarahan mereka terhadap duit duit ini. Yang paling malang adalah duit 20 sen yang disebelah kanan. Ianya dihentak dengan penukul besi seberat 20 paun, aduh.. kesian.

Duit Error 22

 

Mangsa Banjir

Duit duit diatas pula terlibat dalam bencana banjir. Kejadian dipercayai berlaku dinegeri utara semenanjung Malaysia beberapa tahun dahulu ketika negeri negeri di utara Malaysia dinaiki air secara mendadak. Sebuah tabung tin yang berisi duit duit ini tak sempat diselamatkan, lalu ianya lemas dan ditenggelami air sedalam 2 meter selama kira kira 2 minggu.Dan apabila air telah surut, tabung ini masih berisi air selama kira kira 2 tahun, tuan nya tak pedulikan tabung ini kerana sibuk mengemas dan membersihkan rumah. Jadi inilah hasilnya. Ingin saya berpesan, kalau berlaku kejadian banjir, selamatkan nyawa, dokumen penting dan juga selamatkan tabung tabung anda.

Duit Error 23 Duit Error 24

Mangsa Kemalangan Jalanraya

Duit duit diatas pula adalah mangsa kemalangan jalanraya.Statistik olih PDRM mengatakan bahawa setiap hari terdapat 19 kemalangan maut pada kiraan purata. Tahun lalu berlaku 6,640 kemalangan maut jalan raya. Satu angka yang menakutkan kita. Duit duit diatas juga antara yang terlibat dalam kemalangan jalanraya, Cuma tiada statistik atau tiada angka untuk dikira. Ada syilling yang bertahun tahun diatas jalanraya dan dilanggar berulangkali. Paling tragis adalah duit syilling 50 sen (kanan) yang dilanggar olih treler 40 tan sebanyak lebih 10 kali. Pesanan saya kepada diri saya dan semua,”Berhati hati di jalanraya,Ingat orang Tersayang,Ingat duit tersayang” .

Duit Error 25

 

Black Money

Black money atau duit hitam ni bukanlah seperti black money benua benua lain, ianya black money ala Malaysia.Duit duit ini menjadi hitam kerana dipercayai ianya bertukar tangan lebih dari 2 juta tangan.Dan setiap tangan yang mengandungi peluh dan kotoran, melekat pada duit ini dan ianya menjadi sebati. Tak ada seorang pun dari tuan tuan duit ini yang terdahulu memandikan atau membasuh duit duit ini. Saya percaya , hanya kolektor duit lama sahaja yang rajin mencuci atau membersihkan syilling syilling yang kotor. Syabas pada kolektor kolektor semua..Tapi kalau semua pengguna pengguna yang ada di Malaysia asyik memandi dan membersihkan duit duit ini dua tiga kali sehari, .saya takut Hospital Bahagia nanti tak cukup katil pulak.. Jadi, duit sebegini bolih di tukar di BNM pada harga yang sama.Tak jadi kisah.Cuma bagi saya, saya terus menyimpannya manalah tahu, apabila dah tak ada jenis duit untuk di kumpul, maka kolektor kolektor berubah angin mencari Black Syilling pula. Pada masa itu, saya akan jadi saudagar duit hitam…

Berhenti disini dulu cerita tentang duit error , saya mohon maaf andai ada salah silap  dan andainya cerita ini menyinggung perasaan pembaca. Cerita ini mungkin bersambung…..tak tahu bila…..Wassallam.

 

 

Koleksi johari.com