oleh Johari Basri
Header

Koleksi Pedang

January 29th, 2015 | Posted by admin in Pedang - (0 Comments)

koleksi-pedang-0

Pedang Tali Pinggang

January 29th, 2015 | Posted by admin in Pedang - (0 Comments)

pedang-tali-pinggang-1pedang-tali-pinggang-3 pedang-tali-pinggang-2

Saya tidak pasti yang pedang ini berasal dari mana. Ada sahabat saya mengatakan yang tulisan pada pedang ini adalah tulisan cina lama.Ianya menyatakan nama pembuat pedang ini. Mata pedang ini panjangnya adalah 42.5 inci dan keseluhannya adalah 51.5 inci. Sahlah yang pedang ini bukan pedang samurai seperti di dakwa oleh sesetengah pihak. Ianya berkemungkinan besar di buat dari negeri China . Walaupun tidak begitu lama,saya amat percaya usia pedang ini sudah melebihi 50tahun. Ianya juga di buat dalam kuantiti yang agak banyak kerana kita masih boleh memiliki pedang ini di pasaran.

Pedang Jepun

January 29th, 2015 | Posted by admin in Pedang - (2 Comments)

pedang-jepun-4 pedang-jepun-3 pedang-jepun-2 pedang-jepun-1

Pedang ini di percayai peninggalan askar jepun pada perang dunia kedua dahulu.Panjang mata pedang ini 26.5 inci dan panjang keseluruhannya 37.5 inci. Saya amat percaya yang pedang ini adalah pedang asli askar Jepun dahulu.Sarung nya di buat dari besi dan disaluti kulit.Kadang saya terfikir juga,banyak betul senjata yang di bawa oleh seseorang tentera Jepun dahulu.Selain dari senapang,beg galas, bom tangan,bekas air dan di tambah pula dengan pedang panjang ni.

Pedang Dua Mata

January 29th, 2015 | Posted by admin in Pedang - (0 Comments)

pedang-mata-dua-2 pedang-mata-dua-1

Pedang dua mata.Pedang lama ini saya beli dari bapa saudara saya untuk saya jadikan koleksi peribadi. Seperti kata peribahasa kita, pedang mata dua bermakna keuntungan yang boleh didapati dengan dua cara, kiri makan, kanan pun makan. Itulah adat pedang ini,tidak seperti pedang biasa,cuma satu hala. Umur pedang ini saya jangkakan melebihi 50 tahun. Panjang pedang ini adalah 34 inci.

Golok Dua Bilah Mata

January 20th, 2015 | Posted by admin in Pedang - (0 Comments)

golok-dua-bilah-3 golok-dua-bilah-2 golok-dua-bilah-1

Golok ni mempunyai 2 bilah mata dalam satu sarung. Golok jenis ni memang jarang kita jumpa. Mata golok ni panjangnya 12 inci.

Golok Betina

January 20th, 2015 | Posted by admin in Pedang - (0 Comments)

golok-betina-3 golok-betina-2 golok-betina-1

Golok ini datangnya sepasang. Jantan dan betina. Yang ini betina. Begitu antik kerana hulunya di buat dari kayu tetapi diukir seakan akan tanduk kambing gurun.Mataya berwafak. Panjang mata golok ini  ialah 14 inci.

Golok Jantan

January 20th, 2015 | Posted by admin in Pedang - (0 Comments)

golok-jantan-4 golok-jantan-3 golok-jantan-2 golok-jantan-1

Golok ini datangnya sepasang. Jantan dan betina. Yang ini jantan. Begitu antik kerana hulunya di buat dari kayu tetapi diukir seakan akan tanduk kambing gurun. Mataya berwafak. Panjang mata golok ini  ialah 14 inci.

Golok Antik

December 2nd, 2013 | Posted by admin in Pedang - (0 Comments)

Golok Antik: Imej 01

Golok Antik: Imej 02

Golok Antik: Imej 03

Golok ini begitu antik kerana hulunya di buat dari tanduk kambing gurun.Mataya berwafak. Panjang mata golok ini  ialah 14 inci.

Pedang Antik Kalimah

December 2nd, 2013 | Posted by admin in Pedang - (0 Comments)

Pedang Antik Kalimah: Imej 01

Pedang Antik Kalimah: Imej 02

Pedang Antik Kalimah: Imej 03

Pedang ni macam Katana Samurai. Cuma telah di ubahsuai menjadi pedang Fi Sabilillah. Panjang mata pedang ini adalah 20.5 inci dan panjang keseluruhannya 33.5 inci. Memegang pedang ini terasa aura pahlawan. Kepada sesiapa yang berhajat, bolihlah SMS saya.

Parang Panjang Antik

December 2nd, 2013 | Posted by admin in Pedang - (1 Comments)

Pedang Panjang Antik: Imej 01

Pedang Panjang Antik: Imej 02

pedang-panjang-antik-3

Pedang Panjang Antik: Imej 03

Parang panjang ini agak unik kerana ukiran pada pemegang dan juga sarungnya. Parang ini di pegang sama seperti pedang Samurai iaitu dengan kedua dua belah tangan. Panjang mata parang ini adalah 20 inci dan panjang keseluruhan nya 38 inci.