oleh Johari Basri
Header

Duit Jepun 1000 Dollar

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (0 Comments)

duit-jepun-1000-dollar-2

duit-jepun-1000-dollar-1

Duit Jepun 1000 Dollar. Apabila keadaan ekonomi yang semakin meruncing pada tahun-tahun yang berikutnya  memaksa pemerintahan Jepun mencetak Wang  kertas 100 dan 1,000 dolar pada tahun 1944. Wang kertas 1,000 dolar hanya disediakan dalam satu versi. Illustrasi pada nota-nota menumpukan kehidupan luar bandar. Wang  kertas 1,000 dolar itu merupakan wang kertas  yang terakhir yang diperkenalkan sebelum penyerahan Empayar Jepun pada Ogos 1945.

Duit Jepun 100 Dollar

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (3 Comments)

duit-jepun-100-dollar-2

duit-jepun-100-dollar-1

Duit Jepun 100 Dollar. Apabila keadaan ekonomi yang semakin meruncing  pada tahun-tahun yang berikutnya  memaksa pemerintahan Jepun mencetak Wang  kertas 100 dan 1,000 dolar pada tahun 1944. Wang  kertas 100 dolar dicetak dengan dua versi yang amat berbeza.

Duit Jepun 10 Dollar

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (2 Comments)

duit-jepun-10-dollar-2

duit-jepun-10-dollar-1

Duit Jepun 10 Dollar.

Duit Jepun 5 Dollar

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (0 Comments)

duit-jepun-5-dollar-2

duit-jepun-5-dollar-1

Duit Jepun 5 Dollar.

Duit Jepun 1 Dollar

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (0 Comments)

duit-jepun-1-dollar-2

duit-jepun-1-dollar-1

Duit Jepun 1 Dollar.Siri pertama bagi duit Jepun ini  pada asalnya merupakan jenis mata wang yang lebih rendah, iaitu 1, 5, dan 10 dolar, yang dikeluarkan pada tahun 1942. Setiapnya mempunyai reka bentuk bahagian depan dan bahagian belakang yang tidak sama tetapi mengekalkan rekabentuk  yang serupa, dengan bahagian depan menonjolkan ilustrasi tanaman ladang.

Duit Jepun 50 Sen Kertas

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (0 Comments)

duit-jepun-50-sen-2

duit-jepun-50-sen-1

Duit Jepun 50 sen kertas. Pada September 1942, wang yang tidak ada nombor siri dikeluarkan dalam jenis mata wang 1, 5, 10 dan 50 sen kerana kekurangan duit syiling lama. Wang kertas sen ini mempunyai reka bentuk yang lebih mudah .Wang kertas sen ini juga lebih kecil saiznya daripada wang kertas dolar.

Duit Jepun 10 Sen Kertas

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (0 Comments)

duit-jepun-10-sen-2

duit-jepun-10-sen-1

Duit Jepun 10 sen kertas . Setiap nota mempunyai reka bentuk bahagian depan dan bahagian belakang yang berbeza tetapi mengekalkan rekaan yang serupa. Ia bertujuan untuk diedarkan di Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, wang kertas  ini ditandakan dengan huruf besar bercap yang bermula dengan “M” untuk “Malaya”.

Duit Jepun 5 Sen Kertas

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (0 Comments)

duit-jepun-5-sen-2

duit-jepun-5-sen-1

Duit Jepun 5 sen kertas . Pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai yang dahsyat. Di tambah dengan pemalsuan duit jenis ini kerana wang kertas ini kebanyakannya tiada nombor siri.

Duit Jepun 1 Sen Kertas

March 12th, 2014 | Posted by admin in Wang Lama Jepun - (0 Comments)

duit-jepun-1-sen-2

duit-jepun-1-sen-1

Jepun mula memasuki Tanah Melayu pada tahun 1941.Selepas kejatuhan Singapura ke dalam tangan Empayar Jepun pada 15 Februari 1942, pemerintahan tentera Jepun memperkenalkan mata wang baharu sebagai ganti mata wang yang digunakan terdahulu di  Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei yang didudukinya. Mata wang baharu di Malaya dan Singapura dikeluarkan pada nilai yang sama dengan dolar Malaya dan diedarkan buat pertama kali pada tahun 1942. Sebagaimana dengan mata wang yang dikeluarkan oleh Jepun di wilayah-wilayah yang lain yang didudukinya, penghuni tempatan dipaksa menggunakan jenis mata wang tersebut, dengan duit syiling terdahulu digantikan dengan notes 1 sen.